13/06/2025
10-cabang-pendapatan-dalam-forex-trading-10-paling-masyuk-cover

Ramai orang ingat, cabang pendapatan dalam forex trading ni cuma capital gain sahaja.

Maksudnya Buy kemudian close pada paras lebih tinggi, atau Sell kemudian close pada paras lebih rendah.

Sebenarnya, anda boleh menjana pendapatan daripada trading melalui pelbagai cara, baik secara aktif mahupun pasif.

Jom baca artikel ni kalau nak tahu 10 cabang pendapatan dalam trading (sepanjang yang saya tahu. Mungkin ada lagi yang lain. Jemput tambah dalam komen ya!)

Kita mulakan dari yang kurang lumayan kepada yang paling lumayan (mengikut pendapat peribadi saya).

10-cabang-pendapatan-dalam-forex-trading-10-paling-masyuk-slides

CABANG PENDAPATAN DALAM FOREX #1: LOCAL DEPOSITOR (LD)

Anda boleh menjadi ejen kepada broker untuk menguruskan deposit dan withdrawal klien.

Anda akan gunakan fixed rate, dan mengambil sedikit margin daripada situ.

Contoh: Deposit rate RM4.50, withdrawal rate RM4.30. Kalau klien nak deposit USD $100, mereka perlu bayar RM450. Kalau withdraw $100, dapat RM430.

Perbezaan RM0.20 (20 sen) tersebut merupakan margin keuntungan anda.

Dulu cabang pendapatan ini agak menguntungkan, tetapi kini tidak lagi kerana kita dah boleh deposit / withdraw secara terus dengan broker.

CABANG PENDAPATAN DALAM FOREX #2: EJEN PRODUK ATAU AFFILIATE

Ada pelbagai produk dalam trading, seperti ebook, video course, buku, program mentoring dan sebagainya.

Sesetengah vendor ada menawarkan peluang untuk anda menjadi ejen atau affiliate. Setiap jualan yang terhasil, anda akan diberikan komisen.

Berapa banyak komisen adalah bergantung kepada vendor atau penjual tersebut.

Cara paling mudah (kalau di Malaysia), anda boleh cuba Shopee Affiliate Program. Cari produk berkaitan trading, dan promosikan produk tersebut kepada “network” anda.

P/S: Panduan TFSPAT pun ada program affiliate yang menawarkan komisen lumayan! Hubungi kami untuk info lanjut.

CABANG PENDAPATAN DALAM FOREX #3: CUSTOM INDI DEVELOPER ATAU EA

Kalau anda pandai coding, anda boleh buat custom indicator / expert advisor / script, kemudian jual (jika ianya profitable).

Ataupun, anda buat servis lah kepada mereka yang nak buat indicator / EA mereka sendiri.

Kadar bayaran yang akan diterima adalah bergantung kepada job complexity. Makin susah, makin lumayan.

CABANG PENDAPATAN DALAM FOREX #4: SIGNAL PROVIDER

Kalau anda boleh memberikan winning signals secara konsisten, anda boleh jadi signal provider.

Sebagai signal provider, anda boleh mendapat rebate daripada broker, ataupun anda caj “subscription fees” kepada mereka yang ingin follow signal anda.

Kalau sebulan caj RM50 (contoh), ada 10 orang subscribe, dapatlah RM500 sebulan.

Kemudian, kalau mereka perlu buka akaun trading dengan broker yang anda promosikan, anda akan turut menerima rebate / komisen untuk setiap trade yang mereka lakukan.

CABANG PENDAPATAN FOREX TRADING #5: COPY TRADE (SEBAGAI FOLLOWER)

Jika anda tak pandai trade, atau dah lama trade tapi masih belum berjaya, anda boleh jadi peserta market melalui copy trade sebagai follower.

Anda perlu hubungkan akaun trading anda dengan “master account”, dan biarkan orang lain yang trade untuk anda.

Sebagai follower, jika ada profit, sebahagian besar profit tersebut akan menjadi milik anda. Selalunya, dalam kadar 70% – 80%.

Kalau profit $100, anda akan terima $70 – $80. Selebihnya adalah untuk trader tersebut.

Berapa banyak potensi pendapatan daripada cabang ini, adalah bergantung kepada modal anda, dan profitability trader tersebut.

Awas! Tak semestinya trader tersebut akan profit setiap bulan. Anda yang sediakan modal, maka anda yang menanggung risiko lebih besar. Anda boleh rugi kesemua modal anda!

Untuk kurangkan risiko tersebut, sila semak atau minta “track record” 1 tahun sekurang-kurangnya. Kemudian, jangan lihat profit sahaja, tetapi semak juga berapa drawdown yang dilalui oleh trader tersebut.

CABANG PENDAPATAN FOREX TRADING #6: COPY TRADE (SEBAGAI TRADER)

Sekarang, anda bertindak sebagai trader pula. Tadi tu follower kan?

Anda berpotensi menjana pendapatan melalui 3 cara iaitu profit sharing (20% – 30%), komisen broker, dan subscription fees (jika anda caj kepada klien).

Kelebihan cabang pendapatan ini ialah anda tidak perlu menanggung risiko modal. Kemudian, ada 3 jenis income anda boleh dapat sekaligus.

Kelemahannya pula ialah anda perlukan track record yang “cantik” untuk meyakinkan prospek. Drawdown perlu dikawal sebaiknya, dan mestilah menunjukkan yang anda profitable. Tambahan pula, ia perlu dibina selama at least 1 tahun. Kalau lebih, lagi bagus.

Anda juga perlu membuat marketing untuk mencari klien. Tapi pada saya, kalau anda profitable, klien akan berpusu-pusu mencari anda dengan sendirinya. Hahaha~!

CABANG PENDAPATAN #7: FUND MANAGER

hedge-fund-manager-dalam-blogpost-tfs-price-action-trading

Apa beza copy trade dengan fund manager? Perbezaannya ialah, kalau fund manager, anda diberi modal untuk diuruskan (nama pun “pengurus dana” kan? Kah kahhh).

Kalau copy trade tadi, anda masih lagi “berkuasa” terhadap modal anda. Anda boleh stop copy pada bila-bila masa. Modal juga boleh withdraw ikut suka hati anda. Ini kerana anda cuma “hubungkan atau link” akaun trading anda dengan master account.

(Namun begitu, ia tertakluk juga kepada T&C yang ditetapkan oleh trader tersebut)

Selain 3 jenis income yang sama seperti copy trade, fund manager juga boleh mengenakan LOADING FEES dan ANNUAL MANAGEMENT FEES (macam Unit Trust).

Loading fees bermaksud, klien akan dicaj 3% (contoh) untuk anda uruskan dana mereka. Kemudian, setiap tahun, mungkin mereka akan dicaj 1% setahun dari equity.

Selalunya, kalau copy trade ni, modal follower tak besar, tapi bilangan atau volume tu ramai. Fund manager akan menguruskan amaun yang lebih besar dengan bilangan klien yang sedikit.

Copy trade tak memerlukan anda untuk tampil ke hadapan. Kalau fund manager, of course anda perlu dikenali dan berjumpa dengan prospek / klien tersebut.

CABANG PENDAPATAN #8: INTRODUCING BROKER (IB)

Caranya seperti yang saya maklumkan dalam #4, iaitu anda dapatkan seramai mungkin klien untuk sign-up trading account dengan broker yang anda gunakan.

Jangan bagi link umum, tetapi berikan link unik anda. Kalau tak, sia-sia sahaja usaha anda!

Anda tak dapat apa-apa kalau klien deposit / withdraw. Sebaliknya, anda akan menjana komisen setiap kali klien anda trade. Lagi tinggi trading volume, lagi tinggilah rebate atau komisen anda.

Komisen forex pairs tak besar. Komisen lebih tinggi ialah Gold. Sebab itu ramai IB suruh klien mereka trade Gold. Kalau mereka mark-up spread, lagi kencang lah komisen diorang.

“Teknik” nak komisen besar, ialah selalu push untuk trade Gold, dan kalau MC, mereka akan suruh depo lagi dan lagi.

Pendapatan sebagai IB memang lumayan, sebab 95% traders are losers. Tak perlu try too hard pun. Janji pandai buat marketing untuk “pancing” masuk group signal!

CABANG PENDAPATAN #9: PENULIS BUKU / TRADING COACH

buku-tfspat-pacer-2024-tfs-price-action-trading-panduan-lengkap-trade-cara-pro
10-cabang-pendapatan-dalam-forex-trading-10-paling-masyuk-trading-coach-mentor-khalid-hamid-mk

Ramai losers dalam trading, itu hakikatnya. Sangat ramai yang berimpian nak jadi profitable trader.

Ini kerana bidang trading menawarkan freedom dan flexibility yang tiada pada bidang lain. Mereka yang betul-betul serius, akan sanggup melabur ke dalam diri mereka (maksudnya membayar yuran untuk belajar dan training).

Tetapi, bukan semua trader ada bakat yang diperlukan untuk menjadi penulis buku atau trading mentor. Serius, ianya AMAT SUKAR! Nak buat ebook 10 muka surat pun bukan semua trader mampu. Belum lagi nak mengajar. Kena prepare slides, modul, workbook dan sebagainya.

Kalau kita kecilkan skop sebelum ini, 5% traders adalah profitable trader. Tetapi, dari kumpulan kecil ini, berapa ramai yang ada bakat untuk tulis buku dan mengajar? Dan lebih penting lagi, berapa ramai yang minat dan bersemangat untuk mendidik?

Dan of course, kena buat marketing berterusan, berhadapan dengan kerenah manusia, menjawab soalan, kena kecam, dan macam-macam lagi.

CABANG PENDAPATAN DALAM FOREX #10: CAPITAL GAIN (PALING MASYUK!)

Pada saya, inilah cabang pendapatan paling lumayan, iaitu melalui capital gain. Anda mempunyai total freedom & control terhadapnya.

Anda tidak perlu bergantung kepada sesiapa untuk menghasilkannya. Dan anda juga tak perlu berkongsi profit dan loss anda dengan sesiapa (kecuali prop trading).

[Jemput baca post “diversification dalam forex trading” di sini.]

Disebabkan ia 100% di bawah kawalan anda, ini juga memberikan anda advantage dari segi “masa”. Nak buat daily income? Weekly income? Monthly income? Semua boleh.

Nak buat berapa banyak pun, ikut suka anda. Boleh guna modal besar kemudian buat profit kecil (seperti prop trading). Ataupun, boleh guna modal kecil kemudian buat untung besar (typical retail trader kalau kat Malaysia ni).

Nak grow modal kecil jadi besar dengan pantas? Boleh baca blogpost di sini.

PENUTUP

Ada sekurang-kurangnya 10 cabang pendapatan dalam trading. Anda boleh pilih yang mana anda suka, atau yang bersesuaian dengan personaliti anda.

Kalau introvert, fokuslah kepada trading sahaja. Kalau extrovert, boleh pilih cabang yang memerlukan kemahiran sosial.

Jangan fokus kepada satu cabang sahaja. Rebutlah peluang sebanyak mungkin, selagi boleh dan mampu. OK?

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

1 thought on “10 Cabang Pendapatan Dalam Forex Trading. #10 Paling Masyuk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *