17/02/2025
selamat-tahun-baru-2025-dari-mk-khalid-hamid-tfspat-tfs-price-action-trading-blog

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada anda. Semoga tahun ini anda mencatat lebih banyak kejayaan, terutamanya dalam bidang trading. Tahun ini merupakan tahun ke-18 saya bergelar trader, dan ke-14 sebagai seorang pendidik.

Semua orang menulis azam mereka ketika awal tahun. Saya pasti, salah satu daripadanya ialah “dah tak nak jadi loser dalam trading”. Sebab itu saya hasilkan artikel ini sebagai panduan untuk anda jadi trader yang profitable di tahun 2025. Yeah!

selamat-tahun-baru-2025-dari-mk-khalid-hamid-tfspat-tfs-price-action-trading-blog

Sekitar 95% traders adalah loser. Hanya 5% sahaja winner dalam trading. Pada pendapat saya, 3 punca utama mengapa terlalu ramai loser ialah:

  1. Modal yang terlalu kecil.
  2. Terlalu fokus kepada teknik.
  3. Psikologi trading yang lemah atau salah daripada awal.

Jika anda nak berubah menjadi profitable, anda perlu lakukan perubahan drastik dengan segera. Jangan ulang kesilapan yang sama, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza! Kalau dari awal lagi anda dah salah, modal setinggi gunung pun tiada gunanya.

Salah satu punca traders gagal juga ialah kerana terlampau fokus kepada result atau P&L (profit & loss). Ia dikenali sebagai “result oriented goals”. Saya pun dulu macam tu! Kita trade, sebab kita nak duit. Itu sahaja. Dan sifat trading yang tidak memerlukan sesiapa, kos permulaan yang rendah, fleksibel dan sebagainya, menjadikan trading ini satu cara “buat duit” yang kelihatan sangat mudah dan “godaannya” sukar untuk ditolak.

Ini adalah sasaran yang salah! Ini kerana realitinya, dalam trading anda hanya boleh kawal RISIKO (risk), tetapi anda tak boleh nak kawal GANJARAN (reward). Jadi, macam mana anda nak set goals pada benda yang anda tak boleh kawal? Kan tak masuk akal tu!

Dalam trading, anda akan berdepan dengan ketidaktentuan (uncertainty). Anything can happen setiap kali anda trade. Kebarangkalian profit atau loss adalah sentiasa 50-50. Namun begitu, RISK MANAGEMENT adalah sesuatu yang PASTI dan sentiasa berada di bawah kawalan anda.

Jika dah bertahun-tahun anda trade tetapi masih gagal, saya percaya ia disebabkan anda mempunyai mentaliti yang saya sebutkan tadi. Perasaan nak buat duit dalam trading tu terlalu membuak-buak, dan lebih parah lagi, jika anda mengimpikannya berlaku dalam masa yang singkat (seperti yang selalu anda nampak dalam media sosial).

Anda kena berhenti segera, dan berubah kepada “PROCESS ORIENTED GOALS” secepat yang mungkin. Fokus kepada proses dan bukannya hasil. Soal duit atau reward jangan risau. PROFIT ATAU RESULT AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA KEMUDIAN.

BILA TINDAKAN (PROSES) ANDA KONSISTEN, PROFIT (RESULT) ANDA AKAN KONSISTEN!

Anda tak perlu harapkan LUCK (nasib) lagi lepas ni. Anda boleh buat duit atau menjana pendapatan secara berterusan melalui trading menggunakan SKILLS (kemahiran). Cuba fikir jika anda nak sara kehidupan anda dan keluarga sampai bila-bila, tentulah anda tak mahu bergantung kepada sesuatu yang mengharapkan “nasib baik” semata-mata, kan?

10 CONTOH DISIPLIN / PROCESS ORIENTED GOALS:

  1. Duduk ketika melakukan analisis dan trade, bukan ketika memandu atau berdiri.
  2. Trade waktu yang tetap setiap hari.
  3. Risk tidak lebih 1% sehari.
  4. Trade 1 position sahaja sehari.
  5. Hanya trade instrument yang ada setup & signal sahaja.
  6. Melakukan catatan journaling untuk setiap trade.
  7. Membuat 5 latihan screenshots dan 5 latihan back tests setiap hari.
  8. Tidak entry apa-apa sebelum high impact news.
  9. Close position sebelum US session berakhir setiap hari.
  10. Membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa.

Selain daripada senarai di atas, anda juga perlu mengamalkan mindset RISK FIRST REWARD LATER. Seperti yang anda dah pun tahu, anda tak boleh nak kawal reward, jadi anda perlu betul-betul fikirkan mengenai risk sahaja. SEBELUM TRADE, ANDA KENA TAHU BERAPA YANG ANDA BAKAL RUGI. Tetapi, itu masih belum cukup! ANDA KENA TERIMA SEPENUH JIWA KERUGIAN YANG BAKAL BERLAKU TERSEBUT. You must embrace it!

Jangan risau soal reward, kerana market akan memberi reward kepada anda dengan sendirinya, bila anda dah bergerak secara harmoni dengan “the nature of trading”. Fokus sepenuhnya kepada proses, dan bukannya fokus kepada hasil.

Cuba lihat simulasi THE POWER OF ONE di bawah:

the-power-of-one-belajar-trade-forex-gold-trading-tfspat-tfs-price-action-trading-blog

Katakan anda trade 4 hari sahaja seminggu, dari Selasa hingga Jumaat (Isnin “no trade” kerana selalunya market bergerak perlahan). Kemudian, anda entry 1 position sahaja sehari, dan risk cuma 1% sahaja. Jika anda melakukannya secara konsisten sebanyak 20 trading days, anda win cuma 40% dari keseluruhan trade (8 trade), dan trade yang win memberi reward 3x ganda dari risk, anda akan mendapat net profit 12%!

Kalau anda profit 10% sebulan, itu adalah sesuatu yang sangat mengagumkan! Maknanya, annual return anda ialah 120% setahun. Sebagai trader, anda dikira sangat hebat jika boleh mencatat pulangan 100% setahun secara konsisten. Kalau 5% sebulan, itu pun cukup hebat kerana setahun adalah 60%.

Kalau anda rasa 5 – 10% sebulan itu kecil, maknanya modal anda tak cukup besar. Jadi, anda kena besarkan modal kalau nak profit anda menjadi besar.

warren-buffett-annualized-compounded-return-tfs-price-action-trading-blog

Berbalik kepada The Power Of One tadi, inilah proses atau disiplin yang perlu anda tanamkan. Senaraikan trading rules / proses anda, dan patuhinya secara berterusan. Utamakan risk berbanding reward. Kalau loss, ingatlah bahawa anda boleh loss sebanyak 12 kali. Selagi anda belum loss sebanyak itu, anda masih berada di landasan yang betul.

Jangan risau tentang loss atau missed trade, kerana THERE’S ALWAYS A NEXT TIME! Anda hanya perlu START FRESH EVERY DAY! Kalau anda profit sekali pun, tak perlu terlalu gembira, kerana hampir setiap hari anda perlu trade atau ulang benda yang sama.

Apa yang sepatutnya membuatkan anda gembira bukanlah “jika anda profit”, tetapi apabila anda berjaya mematuhi trading rules anda secara berdisiplin dan konsisten. Sekali lagi, anda tak boleh meletakkan ukuran kejayaan atau kegembiraan ke atas sesuatu yang anda tak boleh kawal (reward), dan “trading process” adalah sesuatu yang 100% berada di bawah kawalan anda.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Saya doakan anda berjaya berubah daripada loser menjadi winner, atau dari small winner kepada big winner!

Tahun ini, azam 2025 saya ialah untuk kembali aktif membuat perkongsian melalui blog TFSPAT dan juga menghasilkan lebih banyak video tutorials di Youtube untuk membantu traders serantau.

Maaf, sekarang ni terlalu banyak “ajaran sesat” di media sosial, yang telah memberi persepsi negatif terhadap industri trading. Makin ramai yang jadi gambler dan bukannya trader. Justeru, saya mengharapkan sokongan anda, untuk kongsikan nasihat yang betul (seperti blogpost ini) kepada rakan-rakan traders yang lain. Boleh? Kalau boleh dan sudi, tinggalkan komen di blog ini ya. Saya akan balas satu per satu. 😎

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

28 thoughts on “Selamat Tahun Baru. Jom Jadi Profitable Sebelum Hujung 2025!

  1. Trusted trading guru in Malaysia! Saya dah beli buku and masuk kelas NICE, baru terbuka mata saya untuk faham apa itu professional trader. Selama ni cuma tahu fokus teknik ja. Korang jangan ragu-ragu, take action sekarang! Percayalah yang ini merupakan best investment in your life

  2. Terima kasih atas nasihat dan perkongsian pengalaman. Sebagai trader yang masih dalam proses belajar, nasihat dan teguran seperti inilah yang saya perlukan untuk memperbetulkan semula mindset yang salah selama ini. Diharap tuan tidak jemu untuk terus membantu trader pemula atau trader lama yang masih dalam fasa-fasa memperbaiki diri untuk berubah dari loser ke winner. Semoga segala urusan tuan MK dalam mengajar para traders yang berpeluang berjumpa dan belajar dari tuan dipermudahkan.

  3. Saya hadir kelas pertama MK sekitar 2012 , kalau tak silap .
    Masih belum profitable .
    Saya masih berusaha untuk memperbaiki kesilapan .
    Mohon dapat panduan yang berterusan dari MK…

  4. Terima Kasih Tuan MK.
    Baru sertai dan azam tahun dpt buang perangai buruk yg Tuan MK dh kongsikan seperti gambling, ABCDE, tamak, kurang sabar. Trading FX yg di bawa Tuan MK bukan sekadar Trading di Chart, tapi satu kehidupan yg baru. Iaitu bermula dgn Disiplin harian dari bangun tidur sehingga tidur balik. Kerana itulah yg akan mempengaruhi Trading kita. Teruskan berkongsi dn menulis. Bukan jumlah org yg sertai kita inginkn, tapi kualiti setiap yg sertai Tuan. Sebab bukan mudah utk ubah kehidupan total yg telah diamalkn puluhan tahun. Tapi itu yg perlu dibuat, perlu keazaman dan tekad yg tinggi. Terima Kasih Tuan MK.

    1. Betul sangat tu tuan Wan. Sebelum berdisiplin dalam trading, kena berdisiplin dalam hidup terlebih dahulu. How you do anything, is how you do everything!

  5. Terima kasih byk cikgu MK sebab sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman & memberi tunjuk ajar kepada yg baru & jugak yg lama dlm market. Saya di antara yg belajar melalui buku PACER. Semoga semakin ramai yg celik berkenaan trading dgn cara pemikiran yg betul & bukannya berjudi dgn nasib. Dari awal lagi saya betul2 pegang quote yg cikgu kongsikan “RISK FIRST REWARD LATER”. Belajar utk trade dgn disiplin & mentaliti yg betul termasuk menguruskan risiko kerugian tanpa bergantung pada nasib. Rugi itu pasti & profit itu bonus!

    Kepada kawan2 semua yg baru atau yg lama dlm trading, saya amat2lah rekemen dptkan buku PACER cikgu MK. Padat dgn ilmu, maklumat, & manfaat yg praktikal utk setiap peringkat pembelajaran.. Terutama sekali yg masih zero dlm dunia trading.

  6. Saya mula kenal dengan trading forex oleh kawan saya. Tapi kawan saya dah give up sebab loss. Saya nampak sinar jalan setelah saya beli buku PACER dan join circle TFS Price Action. Sekarang saya dah ada Funded Account FTMO. Saya mahu pergi lebih jauh dalam bidang forex dan berjaya. Saya nak cerita kepada semua kawan saya, hasil kejayaan saya sebab buku PACER TFS Price Action. Dan beritahu mereka TFS Price Action tak sama langsung dengan “ajaran sesat” media social (masa lalu kita yang gelap).

  7. terimakasih mk atas segala tunjuk ajar yang diberikan serta segala usaha mengajar yang berterusan dari dulu sampai sekarang,walaupun saya belum konsisten tapi saya akan sentiasa follow tuan sehingga berjaya…

  8. Tuan, artikel yang amat bermanfaat. Nak tanya. Apa beza screenshot & backtest?

    1. Hello shoghi terima kasih. Screenshot ialah cari setup & signal untuk profitable trades. Mana-mana setup yang dah berlalu, kita ambil screenshot tersebut. Back test pula ialah trading ibarat market bergerak secara live, jadi kena tunggu setup & signal terbentuk sebelum setiap entry dibuat. Terima kasih.

      1. Terimakasih tuan MK atas perkongsian nya mengenai trading.
        Mulai taun 2024,awal saya beli buku pacer.
        Di dalam buku tersebut banyak ilmu yang saya dapatkan.
        Terutama cara kita mengelola keuangan dlm trading dan berapa risk yang harus di relakan.
        Risk first reward later.
        Inti nya the best buat tuan MK.
        Salam murid dari indonesia.
        By suhendro

  9. Perkongsian yang sangat tepat dan bermakna untuk sesiapa yang bergelar “trader”. 2024 adalah tahun dimana saya banyak belajar melalui kesilapan saya, dan 2025 bakal menjadi tahun yang lebih bermakna dan sama sama berjaya dan konsisten dalam trading kita. Terima kasih Tuan MK dan team sentiasa berusaha pelbagai cara untuk memberi manfaat dan menjaga kewibaan untuk industry foreign exchange ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *