21/03/2025
trading-quote-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-dr-alexander-elder

Trading quotes atau kata-kata hikmah daripada pengurus dana atau penulis buku yang hebat sentiasa menjadi inspirasi buat saya.

Ayat-ayat mereka pendek sahaja, tetapi mempunyai makna yang mendalam.

Kalau nak diikutkan, memang sangat banyak trading quotes dalam dunia. Tetapi, ini adalah 10 trading quotes yang paling saya suka dalam buku ini:

trading-quotes-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-dr-alexander-elder
trading quote kegemaran khalid hamid tfspat dari dr alexander elder

Trading Quotes #1: “The goal of a successful trader is to make the best trades. Money is secondary.” – Dr Alexander Elder

Ulasan saya mengenai trading quotes di atas, sila rujuk blogpost DI SINI.

Trading Quotes #2: “An astute trader aims to enter the market during quiet times, and take profits during wild times.” – Dr Alexander Elder

Ulasan saya: Inilah apa yang saya amalkan dalam strategi saya, iaitu mencari NARROW RANGE. Kalau wide range (price dah gerak banyak), saya tak akan trade.

Benar sekali trading quotes ini. Sebab itu saya cipta hashtag #sebelummeletupkitaentry. Bila kita entry ketika market “senyap”, kita akan dapat reward berkali ganda dari risiko yang diambil.

Dan bila kita exit, traders lain baru terhegeh-hegeh nak entry.

Trading Quotes #3: “If investing is entertaining, if you’re having fun, you’re probably not making any money. Good investing is boring.” – George Soros

trading-quotes-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-george-soros
trading quotes kegemaran khalid hamid tfspat dari george soros

Ulasan saya: Dulu, saya terpinga-pinga bila baca trading quotes ni. Ye lah, kalau kita buat duit, mestilah kita rasa “terhibur” & “seronok” kan?

Rupanya bukan macam tu. Maksud beliau, bila anda dah tahu apa yang perlu dilakukan, anda hanya perlu ulang-ulang benda yang sama sahaja.

Memang betul. Bosan kan? Sebenarnya, itulah yang diperlukan dalam trading, iaitu rutin, disiplin dan konsistensi.

Trading Quotes #4: “It’s not whether you are right or wrong, but how much you make when you’re right and how much you lose if you’re wrong”. – George Soros

Ulasan saya: One of my favourite trading quotes! Beliau bercakap mengenai win rate & risk to reward ratio. Reward kita kena sentiasa melebihi risk. Kita tak boleh profit sikit tapi loss banyak.

“Wrong” (salah) di sini merujuk kepada keputusan yang tidak memihak kepada kita (lalu mengakibatkan loss). Bila loss, loss itu perlu minimum. Dan bila profit, profit itu perlu maksimum.

Trading Quotes #5: “In this business, if you’re good, you’re right six times out of ten. You’re never going to be right nine times out of ten.”– Peter Lynch

trading-quotes-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-peter-lynch
trading quotes kegemaran khalid hamid tfspat dari peter lynch

Ulasan saya: Trading quotes ini merujuk kepada win rate. Anda dikira hebat jika win rate anda 60%. Anda tak akan boleh dapat win rate 90%.

Sebab itu saya selalu pesan, LOSS ITU PASTI. Malah, anda akan loss 60% – 70% daripada seluruh trade anda. Maksudnya, anda boleh win 30% – 40% sahaja.

Melalui kawalan risk vs reward ratio yang betul, anda masih boleh dapat net profit.

Trading Quotes #6: “Good traders manage the downside, they don’t worry about the upside”. – Mark Minervini

trading-quotes-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-mark-minervini
trading quotes kegemaran khalid hamid tfspat dari mark minervini

Ulasan saya: Saya memang mengajarkan kepada peserta program N.I.C.E. & F.I.R.E. supaya tidak meletakkan TP (Take Profit), sama seperti nasihat dalam trading quotes ini.

Benda baik, buat apa nak sekat, kan? Kita hanya perlu jaga “downside” atau potential loss (risk). Stop Loss (SL) itu wajib, manakala TP itu pilihan.

Jangan risau tentang “upside” (reward), kerana bila dah jaga downside, reward akan datang dengan sendirinya nanti.

#7: “If I have positions going against me, I get right out; if they are going for me, I keep them. Risk control is the most important thing in trading. If you have a losing position that is making you uncomfortable, the solution is very simple: GET OUT, because you can always get back in”. – Paul Tudor Jones

trading-quotes-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-marty-schwartz
trading quotes kegemaran khalid hamid tfspat dari paul tudor jones

Ulasan saya: Ayat terakhir dalam trading quotes beliau tu sangat penting, iaitu “get out, because you can always get back in”.

Kita selalu rasa “attached” kepada position kita, lagi-lagi kalau yang “merah”. Kan? Lepas tu buat perangai ABC (Asal Biru Close).

Sepatutnya, anda kena “cut your losses short, let your winners run” macam beliau cakap.

There’s always a next time. Market sentiasa ada dan menunggu anda. Hampir setiap hari kita akan ada peluang trade.

Jadi, mengapa nak terkejar-kejar ibarat tiada hari esok? Tunggu sahaja peluang lain.

#8: “Learn to take losses. The most important thing in making money is not letting your losses get out of hand”. – Marty Scwartz

trading-quotes-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-marty-schwartz
trading quotes kegemaran khalid hamid tfspat dari marty schwartz

Ulasan saya: Semua trader BENCI loss (termasuk saya suatu ketika dulu). Tetapi, itulah yang anda kena terima daripada awal.

Nasihat dalam trading quotes ini amat tepat. Lagi cepat anda boleh terima loss, lagi cepatlah anda boleh berjaya.

Loss itu pasti, dan kebanyakan trade kita akan loss. Sebab itu beliau suruh kita “learn to take losses”.

Namun begitu, janganlah sampai loss tu terlampau besar. Anda kena kawal kerugian ataupun risiko tersebut. Ikut peraturan 1% risk per day.

Bila risk anda rendah, anda boleh survive lama, dan dapat mengasah ilmu, skills serta pengalaman anda.

#9: “No matter how great the talent or efforts, some things take time. You can’t produce a baby in one month by getting nine women pregnant”. – Warren Buffett

trading-quotes-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-warren-buffett
trading quotes kegemaran khalid hamid tfspat dari warren buffett

Ulasan saya: Trading quotes #9 & #10 tidaklah khusus kepada trading, tetapi ada kaitannya.

Dalam menguasai trading, anda perlu berikan masa. Pengalaman trading tidak boleh dibina dalam tempoh singkat.

Tapi, janganlah buat benda yang salah bertahun-tahun. Anda kena buat benda yang betul secara berterusan, nanti anda akan dapat impak dan hasilnya.

Jangan kata nak belajar menguasai trading, nak hold position sampai TP pun anda perlu berikan masa, kan?

#10: “Insanity is doing the same thing, over and over again, but expecting different result”. – Albert Einstein

trading-quotes-kegemaran-khalid-hamid-tfspat-dari-albert-einstein
trading quotes kegemaran khalid hamid tfspat dari albert einstein

Ulasan saya: Inilah apa yang ramai sangat trader buat, iaitu mengharapkan keajaiban, dengan setiap deposit baru.

Lepas MC, mereka depo lagi dan lagi. Akhirnya, duit habis, dan trading pun tak ke mana. Buat benda sama, tapi sentiasa mengharapkan hasil berbeza.

Selagi anda tak develop mindset dan trading skills yang betul, anda tak akan boleh berjaya. Malah, anda hanya akan harapkan NASIB untuk buat duit dalam trading.

Dan bila anda dah berjaya, anda hanya perlu ulang-ulang benda yang sama, dan tidak akan menjadi loser lagi kerana blueprint anda telah kukuh.

KESIMPULANNYA…

Kebanyakan trading quotes popular dari trader hebat di dunia ini bercakap mengenai risk management. Fikirkan risk dahulu berbanding reward, dan kawal risiko anda sebaiknya.

Mereka tidak menekankan soal reward, kerana ia berada di luar kawalan mereka. Yang penting ialah kita jangan buat kesilapan berulang.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

2 thoughts on “10 Trading Quotes Trader Berjaya Yang Menjadi Inspirasi Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *