17/02/2025
section-4-income-tax-act-1967-blog-tfs-price-action-trading

Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya. Jadi, hal ehwal cukai pendapatan memang “makanan” saya.

Selain itu, saya juga merupakan seorang Certified Financial Planner (CFP) yang boleh menjawab persoalan mengenai isu ini.

Bertahun-tahun saya belajar tentang Income Tak Act 1967, jadi saya layak untuk menjelaskan mengenai perkara ini.

KENAPA FOREX TRADING TAK PERLU DIKENAKAN CUKAI PENDAPATAN?

Ramai yang beranggapan pendapatan daripada forex trading, gold dan sebagainya tidak tertakluk kepada cukai pendapatan atas 3 sebab utama:

  1. Pendapatan diterima dalam USD dan diterima daripada luar negara.
  2. Ia adalah dalam bentuk “capital gain”.
  3. Pendapatan yang diterima daripada “grey area”.

Untuk (1), ini salah kerana anda menghasilkan pendapatan di Malaysia, jadi anda dikira sebagai tax resident Malaysia. Oleh itu, anda kena bayar cukai mengikut undang-undang Malaysia.

Kalau anda nak tax free, anda kena trade di negara yang tax free, dan tinggal di sana lebih dari 182 hari (6 bulan).

Sekarang ini, withdrawal dari broker dibayar melalui local depositor atau 3rd party di Malaysia. Hanya prop trading sahaja yang duit masuk dari luar negara. Oleh itu, sebab ini tak boleh diterima pakai.

Untuk (2), juga salah. Kalau anda beli saham dan jual semula lepas 1 tahun, itu tidak dikenakan cukai. Ini kerana kekerapan jual beli saham adalah rendah berbanding dengan trading.

Aktiviti trading melibatkan kekerapan jual beli yang tinggi, jadi ia tidak layak dikategorikan sebagai “capital gain” atau “keuntungan modal”.

Untuk (3), juga salah. Walaupun “retail trading” bukan bidang yang betul-betul legit di Malaysia (grey area), selagi mana anda menjana pendapatan di Malaysia, ia tetap tertakluk kepada income tax atau cukai pendapatan.

Jadi, ketiga-tiga justifikasi untuk “trading income tidak dikenakan cukai” di atas tidak boleh diguna pakai.

trade-forex-kena-bayar-cukai-pendapatan-ke-tidak-rupanya-kena-bayar-cukai-juga

AKTA PERCUKAIAN 1967 YANG BERKAITAN

Ada 6 subseksyen di bawah seksyen 4 untuk kategori pendapatan yang dikenakan cukai, iaitu:

section-4-income-tax-act-1967-blog-tfs-price-action-trading

Jadi, trading income boleh dicukai berdasarkan subseksyen 4 (f).

Ada satu video yang bagus anda boleh tonton kalau nak faham lebih lanjut mengenai percukaian untuk trader. Jemput tonton perkongsian video Hanzoshadowcodes di bawah:

BUKA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD UNTUK KURANGKAN CUKAI PENDAPATAN

Ada trader yang salurkan pendapatan mereka ke akaun perniagaan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), supaya boleh tolak cukai. Sebenarnya, tak perlu dan tiada gunanya pun.

Ini kerana sebagai trader, perbelanjaan anda (yang boleh ditolak cukai) adalah amat kecil. Anda tiada sewa pejabat, pekerja, bahan mentah dan sebagainya.

Tak berbaloi untuk anda bayar sekitar RM15,000 setahun untuk akauntan, tax dan audit fees!

Untuk syarikat Sdn Bhd, anda wajib buat semua itu. Kalau Perkongsian (partnership) dan Milikan Tunggal (sole proprietor) tak perlu sebab ia adalah sama dengan individu.

GUNAKAN PELEPASAN CUKAI & REBET UNTUK KURANGKAN CUKAI PENDAPATAN

Untuk individu, pelepasan cukai dah pun diberikan. Anda boleh gunakan pelepasan (tax relief) tersebut untuk kurangkan cukai yang dikenakan.

Selain itu, dalam situasi tertentu, anda turut layak menerima rebet cukai. Rujuk informasi DI SINI untuk maklumat lanjut.

KADAR CUKAI PENDAPATAN TAHUN 2025 UNTUK INDIVIDU DI MALAYSIA

income-tax-rate-malaysia-2025-kadar-cukai-pendapatan-malaysia-2025

Jika anda buka syarikat sebab nak buat bisnes berkaitan trading (contohnya buat seminar, jual buku trading, sponsorship etc.), maka itu mungkin akan membantu.

Kalau sekadar duit masuk untuk trading sahaja, tak perlu lah. Gunakan sahaja PERSONAL CURRENT ACCOUNT untuk duit keluar masuk melalui trading.

PERLU ISYTIHAR (DECLARE) INCOME TRADING ATAU TIDAK?

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, anda sememangnya perlu declare income trading anda, dan ia perlu dibuat setiap tahun.

Malah, anda perlu declare dan bayar amaun cukai yang lebih tinggi. Ini kerana fitrah ekonomi dan manusia, pendapatan kita (sepatutnya) sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Jadi, seiring dengan kenaikan itu, maka cukai yang dibayar juga akan semakin tinggi.

(Nota penting: Pengutip cukai tak suka kalau anda bayar amaun yang semakin berkurangan. Jika pengurangan tersebut terlalu besar, anda akan diaudit!)

AKIBAT TIDAK DECLARE INCOME TAX

Kalau anda pilih untuk berdiam diri (tak declare), anda berhadapan dengan risiko untuk diaudit dan dikenakan penalti yang tinggi!

Kemungkinan untuk anda diaudit akan lebih tinggi jika anda mempamerkan kemewahan hidup anda di media sosial.

Nak declare atau tidak, ia terpulang kepada setiap individu. Mereka perlu sedar tentang risiko perbuatan mereka, dan sediakan payung sebelum hujan.

JANGAN RISAU, CUKAI ANDA BUKAN 100%

Untuk individu, kadar cukai maksimum ialah 30% sahaja. Ia jauh lebih rendah berbanding negara lain di dunia. Prinsipnya mudah dan adil, iaitu siapa income tinggi, dia bayar tax lebih. Begitu juga sebaliknya.

Lagipun, anda akan dikenakan cukai terhadap NET PROFIT TAHUNAN sahaja. Anda kira semua profit dan loss dalam setahun, kemudian kirakan net profit. Itu adalah pendapatan anda.

Kemudian, tolakkan dengan pelepasan cukai dan rebet yang dibenarkan.

Anda perlu berfikiran positif. Cukai yang dibayar, merupakan sumbangan anda kepada negara. Anda juga yang nak negara lebih selamat, lebih bersih, lebih sistematik dan sebagainya kan? Negara kita tak boleh membangun kalau anda tak bayar cukai.

BAYAR INCOME TAX UNTUK SENANG APPLY LOAN

cara-apply-loan-bank-untuk-forex-trader-iaitu-kena-bayar-cukai-pendapatan

Ini adalah salah satu kelebihan jika anda membayar income tax. Jika anda buat e-filing secara teratur, ia akan membantu anda untuk mendapatkan pinjaman bank.

Ini adalah penting jika anda mahu membeli aset bernilai tinggi seperti kereta dan rumah.

Ia merupakan salah satu kriteria penting yang akan diteliti oleh pihak bank. Kalau anda nak buat loan bank, anda perlu bayar income tax.

LANGKAH TERBAIK UNTUK URUSAN PERCUKAIAN TRADERS

Saya sentiasa mengesyorkan, untuk traders dapatkan nasihat berkaitan percukaian dengan ejen percukaian yang paling hampir dengan tempat tinggal anda.

Mereka boleh berikan nasihat yang tepat (selalunya percuma), dan sedia membantu jika anda memerlukan pertolongan.

Mereka juga akan berikan nasihat yang terbaik untuk situasi anda. Jadi, anda boleh kurangkan tax yang perlu dibayar secara sah tanpa perlu menyembunyikan diri.

Jika anda tinggal berhampiran Shah Alam, boleh hubungi sahabat yang dah lebih 20 tahun saya kenal iaitu EN NOOR AZIZUL.

noor-azizul-bin-md-razali-akauntan-kita-ejen-percukaian-bertauliah-jawab-isu-cukai-pendapatan

KESIMPULANNYA…

Selagi anda menjana pendapatan di Malaysia, anda adalah tertakluk kepada Akta Percukaian 1967. Setakat ini, tiada sebab kukuh untuk pendapatan daripada forex trading untuk dikecualikan daripada cukai.

Sama ada nak declare ataupun tidak, itu bergantung kepada anda. Anda perlu tahu apakah kelebihan, kelemahan dan risikonya daripada awal.

Sila dapatkan nasihat yang tepat daripada Chartered Accountant (CA) atau tax agent yang bertauliah, kerana isu percukaian adalah unik bagi setiap individu.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

4 thoughts on “Trade Forex Kena Bayar Cukai Pendapatan Atau Tidak?

  1. hmmm, nak bayar cukai ok je. tapi tula negara kita ni agak senget sikit skrg. najib pm tak bayar income tax berjuta dpt discount gila gila. rakyat marhaen dikejar. lagi skrg subsidi kena potong. diesel dah, petrol next. ntah apa lagi dipotong. anyway kalau ada loophole harap mk boleh ajar sikit la heheheh. oh ye mk kalau contoh saya dah predict saya earn 1m this year so saya ambik loan 800k. jadi kira 200k je la kena tax? (tanye je tau loan susah nak dpt)

    1. dapatkan nasihat percukaian dari ejen berhampiran anda yer tuan fiqry. 🙂

      kita dah bayar, selebihnya tanggungjawab orang lain pula utk mengurus. mungkin ada yg culas / bocor tapi saya percaya mostly digunakan utk kebaikan & manfaat rakyat.

      kalau predict 1m net profit dan nak bayar atas 200k je, tuan kena bayar zakat pendapatan (personal) 800k. dia xde limit kalau personal. kalau corporate ada limit 2.5% sahaja.

      nak beli PC itu ini guna utk trading, berapa lah sangat. baik bayar tax 300k, 700k tuan punya hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *