17/02/2025
perbandingan-risk-management-win-rate-40-peratus-vs-50-peratus

Apa beza risk management vs money management?

Risk management adalah mengenai strategi pertahanan atau defensive anda untuk mengawal modal supaya tidak rugi terlalu banyak.

Money management pula adalah mengenai strategi serangan atau offensive anda untuk menghasilkan pulangan yang lebih besar dan berterusan.

Masih ramai trader yang tak sedar, bahawa mereka tak boleh nak kawal reward atau hasil sesuatu trade. Apabila sesuatu trade dibuat, kebarangkalian untuk trade tersebut profit atau loss adalah sentiasa 50-50. Kita tak akan tahu daripada awal.

DEFINISI RISK MANAGEMENT DALAM TRADING

Risiko dalam trading bermaksud kos yang perlu anda tanggung untuk mengetahui sama ada keputusan anda betul atau tidak.

Risk management atau pengurusan risiko pula melibatkan strategi bertahan apabila trade tidak menyebelahi anda, dan mengawal kerugian supaya anda boleh kekal lama dalam bidang ini.

Kenapa traders ambil risiko? Sebab mereka mahukan reward. Kalau nak reward atau profit, mestilah kena berhadapan dengan risiko. Anda juga kena terima hukum risiko, iaitu “low risk low return”, dan “high risk high return”.

Sebagai trader, anda sepatutnya fokus kepada risiko setiap trade anda, kerana ia sesuatu yang boleh anda kawal. Anda tak boleh kawal berapa banyak market akan bagi, tetapi anda boleh kawal berapa banyak anda sanggup rugi.

Tetapi percayalah, bila anda dah jaga risk, profit akan datang sendirinya kemudian. Malah, reward anda akan sentiasa lebih banyak daripada kerugian anda.

MACAM MANA NAK APPLY RISK MANAGEMENT DALAM TRADING?

Sebenarnya ia mudah sahaja. Langkah pertama, tetapkan berapa anda sanggup risikokan untuk satu hari. INI BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA ANDA.

Berapa peratus anda sanggup rugi dalam sehari? Disebabkan kekerapan trading yang tinggi, kami syorkan hanya 1% sahaja atau kurang dari itu.

Ini supaya anda mempunyai survival yang panjang dalam trading. Kalau anda asyik depo-MC, anda tak akan dapat bina pengalaman & tingkatkan kemahiran (skills) anda dalam trading. Bila anda mampu bertahan lama, barulah anda boleh mengasah ilmu, skills dan pengalaman anda.

Setelah anda tetapkan berapa peratusan risiko anda, langkah seterusnya ialah darabkan dengan modal, kemudian bahagikan dengan Stop Loss (SL) yang digunakan.

CARA KIRA LOT SIZE UNTUK FOREX TRADING & GOLD

cara-kira-lot-size-dalam-forex-trading-tfspat-blog

GUNAKAN RISK PER DAY, BUKAN RISK PER TRADE

Ramai trader gunakan risk per trade. Jangan buat macam tu! Hampir pasti anda akan overtrade. Awas, trading melibatkan kekerapan tinggi. Hampir setiap hari anda akan trade.

Kadar risk per day bergantung kepada sama ada anda prop trader atau retail trader. Kalau prop trading atau modal besar, ambil risk 1% dan ke bawah. Kalau retail trader yang bermodal kecil, jangan risk lebih 5% sehari.

Anda perlu menanam disiplin yang kuat untuk STOP TRADING bila dah loss setakat itu untuk setiap hari. Jangan risau, setiap hari akan ada peluang lain yang datang.

SURVIVAL RATE

Jika anda mengalami straight loss, dengan risk 1%, secara anggarannya anda boleh loss 100 hari berturut-turut. Kalau risk 2% = 50 hari, risk 5% = 20 hari, dan begitulah seterusnya.

Tiada trader yang akan loss seteruk itu. Nak loss 10 hari berturut-turut pun susah (kalau anda lakukan trading dengan betul).

Di sinilah keajaiban akan berlaku, di mana profit akan mengatasi kerugian anda bila anda kawal risiko dalam trading.

RISK TO REWARD RATIO

Jika anda win 2R (atau seeloknya 3R), daripada 10 trade, anda PASTI akan mendapat net profit. Rahsianya mudah sahaja, iaitu anda perlu win lebih 40% daripada keseluruhan trade anda.

Katakan anda trade selama 10 trading days (10 trade, iaitu satu trade sehari), dan keputusannya begini.

perbandingan-risk-management-win-rate-40-peratus-vs-50-peratus

Setelah 10 trade, walaupun anda win 40% – 50% sahaja, anda tetap beroleh net profit jika win anda profit 2R.

PERANAN LEVERAGE DALAM RISK MANAGEMENT

Leverage sebenarnya tidak memainkan peranan dalam risk management. Apa yang anda perlukan ialah berapa anda sanggup rugi (risk per day), dan berapa Stop Loss (SL) yang anda akan gunakan. Daripada situ, anda akan dapat kira lot size yang tepat.

Namun begitu, ada 3 perkara mengenai leverage yang anda kena tahu:

Pertama, leverage anda tidak boleh terlalu rendah. Jika tidak, anda tak boleh nak entry! Leverage 100:1 adalah lebih dari mencukupi. Tak perlu lebih daripada itu.

Kedua, leverage tinggi akan memusnahkan anda dengan cepat. Ketika emosi sedang tinggi, anda tak akan boleh berfikir dan bertindak secara waras. Oleh itu, leverage yang rendah boleh mencegah anda daripada revenge trade atau entry bertalu-talu.

Ketiga, broker yang legit tidak akan menawarkan leverage yang melampau. Selalunya, mereka tiada lesen yang sah. Macam Pepperstone, mereka hanya menawarkan leverage 1:200 sahaja.

RANDOM DISTRIBUTION OF WINS & LOSSES

Ini adalah konsep yang sangat penting. Seperti yang saya katakan sebelum ini, profit dan loss anda adalah rawak. Anda tak akan boleh tahu daripada awal.

Ia tidak akan kelihatan seperti ini…

random-distribution-of-wins-and-losses-yang-tidak-betul

Jadi, tak perlulah acah-acah buka Excel lepas tu buat compounding table ya. Hahaha! 🤣

Sebaliknya, P&L anda akan kelihatan seperti ini…

random-distribution-of-wins-and-losses-yang-betul

Anda kena terima hakikat, yang anda akan win dalam 40% sahaja dari kesemua trade anda. Asalkan yang win tersebut profit lebih dari 2R, anda akan dapat net profit.

Jangan terkejut yang anda juga boleh jadi profitable melalui win rate 30%. Apa yang anda perlukan ialah win > 3R. Lagi rendah win rate yang diperlukan, lagi kuranglah stress anda. Setuju tak?

RISK MANAGEMENT ADALAH SEPERTI LAMBUNG SYILING

animasi-lambung-syiling-simbolik-risk-management-dalam-forex-trading

Bila anda flip-a-coin, kemungkinannya hanya dua, iaitu kepala atau ekor. Kebarangkalian anda dapat salah satu ialah adil iaitu 50%. Anda tak akan tahu apa hasilnya daripada awal. ☝

10 kali anda lambung, ANDA TAK AKAN DAPAT SEMUANYA KEPALA ATAU EKOR SAHAJA. Ia akan bersilih ganti, dan kadangkala ianya boleh dapat berturut-turut.

Begitu juga dalam trading. Inilah “random distribution of wins and losses”. Anda tak akan tahu trade mana yang akan profit atau loss.

Tetapi daripada 10 kali, anda tahu yang anda akan win sekitar 40%. Dan bila win anda profit 2R, anda akan tetap boleh dapat net profit.

INGAT, BILANGAN LOSS ADALAH SENTIASA LEBIH DARI WIN!

Anda sekarang dah tahu yang dengan win rate 40%, anda dah pun boleh jadi profitable trader. Tetapi, ramai yang tak nampak, 60% trade anda akan berakhir dengan losses!

Kalau anda trade 20 kali, 12 daripadanya akan loss! Cuma 8 sahaja anda akan win.

Selagi anda belum loss 12 kali, maknanya anda berada di landasan yang betul. Mindset ini akan sangat membantu untuk tenangkan diri anda apabila loss berlaku.

Ramai trader tak boleh terima loss. Baru sekali loss, dah stress dan merajuk dengan market. Seterusnya, mereka akan revenge trading!

Jangan buat macam tu. Fikirkan long term iaitu 20 ke 30 trade. Disiplin itu penting. Be process oriented, not result oriented. Sebab itu anda kena jaga risiko dalam trading.

MACAM MANA NAK LATIH DIRI HOLD POSITION SAMPAI REWARD 2R KE 3R?

Paling penting sekali, tanamkan mindset RISK FIRST REWARD LATER. Dan seterusnya, ikuti tips dalam video ini…

MONEY MANAGEMENT: CARA BESARKAN AKAUN LEBIH CEPAT CARA SELAMAT

Setelah anda berjaya mengawal risk & reward dengan baik, anda boleh ikuti cara di bawah untuk grow akaun anda dengan lebih cepat cara selamat.

Caranya ialah KORBANKAN PROFIT YANG TERKUMPUL.

Katakan anda dah ada profit 3%. Sebelum ini, anda risk 1% per day.

Memandangkan anda dah ada profit 3%, anda boleh naikkan risk anda kepada 1.5% per day. Anda boleh melakukannya untuk 2 hari berturut-turut.

Hukum risiko ialah, higher risk higher return. Jika anda dapat reward 3R, anda akan dapat 4.5% berbanding 3% jika anda risk 1%.

Jika kedua-dua trade anda tak menjadi, anda hanya kehilangan profit dan bukannya modal. Anda boleh kurangkan semula risk, dan trade seperti biasa menggunakan modal yang ada.

Strategi money management sebegini, amat membantu kalau anda nak lulus prop trading challenge dengan lebih pantas. Kalau tak berani tak apa, anda trade sahaja secara slow and steady.

MODAL BESAR, UNTUNG BESAR!

Risk management dan money management akan lebih bermakna apabila anda menggunakan modal yang besar. Susah nak kikis perasaan tamak dan takut (greed and fear) bila modal anda terlalu kecil.

Apabila anda menggunakan modal yang besar, iaitu lebih daripada USD $50,000, barulah anda boleh mengawal risk & reward anda dengan lebih efektif.

Jika tidak, asyik nak hentak market dan flip account aje kerjanya! 😵

Profit 5% sebulan dari modal $50K ialah $2.5K (MYR11K). Jika modal anda sekadar $1,000, profit anda cuma $50 (MYR225) sahaja. Amaun sebanyak itu tak boleh mengubah hidup anda.

KESIMPULANNYA…

Strategi holy grail tak wujud. Memang tak ada cara untuk elak loss dalam trading. Selagi anda tak boleh terima loss, selagi itu anda tak akan breakthrough dalam trading.

Anda hanya perlu win 30% – 40% dari kesemua trade. 60% – 70% selebihnya adalah losses. Trade yang win, kena dapat reward 2R – 3R, barulah anda boleh mendapat net profit.

Dan jangan lupa, saiz modal anda perlu optimum, dan selari dengan berapa sasaran profit anda dalam USD setiap bulan. Gunakan modal besar, kemudian ambil risiko yang rendah. Itu kuncinya. 👌

Semua ini di bawah kawalan anda. Anda perlu mempunyai disiplin yang kuat untuk mengikuti risk management rules yang anda tetapkan. Tak ada orang lain boleh mengawalnya untuk anda.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu. Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

4 thoughts on “Risk Management & Money Management Betul Dalam Forex Trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *