07/08/2025
cara-trade-news-forex-dengan-betul-menggunakan-fx-calendar-cover

Ramai trader tak tahu cara trade news forex trading dengan betul. Sebab itu saya buat post ini, sambil-sambil nak jawab perkara “tahyul” mengenai news trading.

CARA TRADE NEWS FOREX YANG SALAH

Anda silap besar kalau anda entry betul-betul sebelum news diumumkan.

Suatu ketika dahulu, anda boleh PO BUY STOP & SELL STOP (STRADDLE) sebelum news.

Kemudian, bila news berlangsung, dan price “meletup”, salah satu PO akan trigger dan anda akan profit besar!

cara-trade-news-forex-yang-salah-dan-sudah-tidak-boleh-digunakan

Tapi, bergantung kepada news juga lah. Tak semua news “merah” akan menggegar market.

Ini cerita dulu-dulu ya. Masa saya start trading tahun 2007 – 2008 macam tu. Sekarang dah tak boleh dah. Broker pun pandai. Bila trader ada cara senang buat duit, dia adjust lah kat backend.

Kalau anda buat juga, maka senanglah broker nak “makan” anda melalui slippage dan whipsaw. Huhuhu~!

TANGGAPAN CARA TRADE NEWS FOREX YANG TAHYUL (TIDAK BETUL)

Ada tak cara untuk tahu result ACTUAL sebelum waktunya?

TIDAK ADA!!

Sebenarnya, saya tak percaya pun yang data tersebut diumumkan tepat pada waktunya. Forex calendar provider macam Forex Factory tentu dah dapat data tu lebih awal.

Mereka dah masukkan data tu siap-siap, kemudian tepat pada waktu news, baru mereka dedahkan.

Contohnya, kalau FOMC nak naikkan interest rate, tentulah geng-geng dalam FOMC tu dah tahu dulu. Lepas tu dia bagitahu saudara-mara dia.

Sama juga macam di Malaysia. Kalau harga minyak nak naik, tentulah keputusan tu dah dibuat lebih awal. Tunggu masa nak umum sahaja.

CARA TRADE NEWS FOREX YANG SEBENAR

Cara saya trade news, ialah dengan mengabaikan news! Saya tak peduli pun apa data yang keluar, atau apa yang diucapkan oleh VIP yang berkenaan.

Ini kerana saya percaya kepada dua teori iaitu “price discounts everything” dan “efficient market hypothesis”.

Secara umumnya, ia memberitahu kita yang harga pada chart, telah mengambil kira segala informasi, tak kira sama ada informasi dalaman (insider info) atau informasi luaran (external info).

BAGAIMANA CARA TRADE NEWS FOREX?

Saya akan menggunakan analisis teknikal price action trading untuk mencari arah market.

Kemudian, saya mahukan news melawan analisis teknikal saya!

Kenapa? Kerana ia akan memberikan saya peluang untuk entry pada harga yang lebih baik.

Kalau saya nak Buy, dan news menyebabkan price naik makin jauh, saya akan abaikan.

Tetapi kalau news menyebabkan price turun, itulah yang saya mahu!

TIPS PENTING CARA TRADE NEWS FOREX

Namun begitu, jangan terus entry bila news melawan analisis teknikal kita. Anda perlu tunggu kira-kira 30 – 60 minit selepas news.

Ini kerana anda perlu bagi masa kepada market untuk menyerap impak news tersebut. Selalunya, price tidak akan terus “jalan” selepas news.

Sebelum anda boleh trade news dengan betul, pastikan yang anda telah menguasai strategi teknikal anda dengan baik ya.

CONTOH CARA TRADE NEWS FOREX

cara-trade-news-forex-dengan-betul-menggunakan-forex-calendar-forex-factory-before

Dalam strategi di atas, saya akan BUY kerana telah muncul setup MRZ Breakout & Retest. Signal Bullish Engulfing pun dah muncul untuk entry.

Tetapi, selang beberapa jam kemudian, ada news high impact untuk pairs ni. Jadi, saya akan tunggu lepas news baru saya entry.

Siapa tahu, mungkin disebabkan news, ia turun ke garisan flipzone merah, dan saya dapat entry price yang lebih baik, kan?

cara-trade-news-forex-dengan-betul-menggunakan-forex-calendar-forex-factory-after

Disebabkan news, price telah melawan analisis teknikal saya terlebih dahulu. Inilah saat yang saya nantikan.

Jadi, saya akan mula mengintai peluang entry 30 – 60 minit selepas news. Timing entry akan dibuat menggunakan time frame kecil seperti 5 minit atau 15 minit.

Whammm! Price reverse selepas news dan kembali mengikut analisis teknikal yang saya buat.

Inilah cara yang betul untuk trade news, iaitu “bawa” semula price ke arah analisis teknikal anda sekitar 1 jam selepas news diumumkan.

FOREX CALENDAR RUJUKAN SAYA

senarai-news-seminggu-forex-calendar-forex-factory-bulan-mei-2025

Dari saya mula trading, saya hanya menggunakan FOREX FACTORY untuk melihat senarai news mingguan.

Saya akan lihat apakah news untuk tempoh seminggu pada awal minggu. Ini akan memudahkan saya untuk membuat planning trade saya untuk minggu tersebut.

Ia akan membuatkan saya lebih peka dengan news penting yang boleh mempengaruhi analisis teknikal dan prestasi trading saya (terutamanya news yang berlaku awal pagi waktu Malaysia yang mungkin saya terlepas pandang).

PENUTUP

Cara yang betul untuk trade news, ialah dengan trade berpandukan arah analisis teknikal.

Ini kerana, impak news hanyalah sementara, iaitu kira-kira 30 – 60 minit sahaja. Selepas itu, selalunya ia akan kembali mengikut analisis teknikal.

Tetapi, pastikan analisis teknikal anda dibuat dengan betul terlebih dahulu ya.

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *