Adakah anda perlukan seseorang untuk bagi anda motivasi bila loss dalam forex trading? Tahniah, anda berada di tempat yang betul. 😎
Sebagai manusia, tentulah kita perlukan motivasi bila loss dalam forex trading. Ini kerana kita semua manusia. Kita punya hati dan perasaan. Bukan sepanjang masa kita akan rasa bersemangat.
VIDEO & PODCAST UNTUK MOTIVASI BILA LOSS
Sebelum kita pergi lebih jauh, saya highly recommend anda tonton video di bawah. Ada banyak nasihat dan motivasi yang saya berikan dalam tu.
Selain Youtube, anda juga boleh dengarkan nasihat tersebut DI SINI, atau cari dalam app Podcast dan Spotify.
MOTIVASI BILA LOSS #1: BENDA BEST MEMANG SUSAH NAK DAPAT & MAKAN MASA
Easy come, easy go. Cepat naik, maka cepat juga turun. Itu pepatah yang biasa anda dengar mengenai kejayaan dalam kehidupan kita.
Mungkin anda pernah baca blogpost ini. Banyak kelebihan forex trading berbanding bidang “buat duit” lain dalam dunia.
Untuk menguasai sesuatu yang membolehkan anda mencapai FREEDOM, tentulah ianya tak mudah. Anda perlu melalui jalan yang penuh cabaran dan berliku!
Selain itu, anda juga perlu mengambil masa yang secukupnya. Bila “batu asas” anda dah kuat, anda dah tak akan kenal diri anda yang dulu!
MOTIVASI BILA LOSS #2: JANGKA MASA ANDA MUNGKIN TERLALU SINGKAT
Anda tak boleh menggunakan ukuran yang terlalu “cetek” atau singkat.
Lihat rajah di bawah. Boleh tak anda buat 10 trade dengan sebaik mungkin?

Ramai yang tukar teknik lepas 3 straight loss. Malah, ada yang sekali loss je dah meroyan!
Kalau win rate anda 40%, ia bermaksud 6 kali anda akan loss. Selagi anda belum loss 6x, anda masih berpeluang meraih net profit.
So, jangan guna ukuran yang terlalu pendek. Cuba buat at least 10 trades, dan kaji secara mendalam prestasi anda daripada situ.
MOTIVASI BILA LOSS #3: GOOD LOSS ATAU BAD LOSS

Loss tu lumrah trading, tapi bukan semua loss tu sama.
Ada yang disebabkan oleh market (good loss), dan ada yang disebabkan oleh kesilapan kita (bad loss).
Setiap minggu, anda perlu perbaiki “bad loss” anda. Jangan ulang kesilapan sama.
Be process oriented, just do your best, jaga risiko, dan serahkan selebihnya kepada market.
MOTIVASI BILA LOSS #4: UTAMAKAN RISK MANAGEMENT & PSIKOLOGI TRADING
Jangan loss sampai akaun koyak rabak. Anda kena jaga risiko anda. Dalam trading, bukan semua trade kita akan profit.
Anda perlu amalkan risk management yang betul, supaya anda bertahan lama dalam bidang ni. Barulah anda boleh asah ilmu, skills dan pengalaman anda.
Risk management yang betul juga akan menyumbang kepada psikologi trading yang mantap. 80% kejayaan anda dalam trading, bergantung kepada psikologi trading.
Jangan terlalu pentingkan strategi. Psikologi, emosi dan mindset adalah jauhhh lebih mustahak.
BOLEH BELAJAR TRADING PSYCHOLOGY MASTERY DI SINI
MOTIVASI BILA LOSS #5: SIAPA KAWAN BAIK ANDA DALAM TRADING?

Sebagai manusia, kita perlukan HUMAN CONNECTION. Kalau sekadar jumpa di alam maya, connection tu tak berapa nak sampai.
Anda perlukan rakan trader yang berkualiti, yang akan saling memperbaiki antara satu sama lain. Kalau ada mentor atau coach, lagi bagus!
Merekalah yang akan mendengar luahan hati anda, sama ada ketika anda berjaya mahupun ketika sedang melalui fasa mencabar.
Trading is a lonely profession. Kalau anda ada rakan trader dan pendengar yang bagus, ia boleh memantapkan lagi progress anda dalam trading.
Nak jumpa rakan trader yang berkualiti? Boleh cuba cari di seminar atau workshop trading ya.
PENUTUP
Loss tu lumrah dalam trading. Anda kena terima realiti tu daripada awal. Jangan mudah mengalah.
Hakikatnya, separuh daripada trade kita akan loss. Kita hanya akan win separuh sahaja.
Anda kena kaji, adakah ia disebabkan oleh kesilapan anda (bad loss) ataupun tidak (good loss). Kalau anda berada di landasan yang betul, jalan terus!
Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.
Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!
KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.