06/08/2025
inilah-teknik-forex-terbaik-dan-paling-berkesan-dalam-dunia-cover

Saya akan terangkan kepada anda apakah teknik forex terbaik berdasarkan 18 tahun pengalaman saya dalam trading.

WUJUDKAH TEKNIK FOREX TERBAIK?

the-thinker-statue-wujudkah-teknik-forex-terbaik-dan-paling-berkesan

Ya, sudah tentu ia wujud! Saya dah baca banyak buku mengenai trading, dan apa yang bakal saya kongsikan di bawah adalah apa yang saya gunakan dari dulu sampai sekarang.

Sebenarnya, dari tahun 70-an lagi traders terdahulu dah gunakan teknik ni!

DEFINISI TEKNIK FOREX TERBAIK

Dalam dunia, tiada teknik “holy grail” atau yang tak akan loss. Semua teknik atau strategi akan ada loss. Loss itu pasti!

Malah, dalam setahun, akan ada tempoh di mana ia akan melalui straight losses!

Bagi saya, teknik forex terbaik ialah sesuatu yang memberikan kita keyakinan yang tinggi apabila kita execute. Walaupun profit belum terjamin, tetapi kita akan bermula dengan langkah yang betul serta berpotensi cerah untuk profit.

APAKAH TEKNIK FOREX TERBAIK TERSEBUT?

teknik-forex-terbaik-dan-paling-berkesan-ialah-price-action-trading

Jawapan: Price Action Trading, yang merangkumi Candlesticks, Support and Resistance, dan Trendline.

Ini kerana ianya mudah difahami, tetapi awas, jangan sampai salah faham!

Sekali lagi, saya dah baca banyak buku mengenai trading, dan saya dapati ramai yang trade TERBALIK dari yang sepatutnya.

TEKNIK FOREX TERBAIK: MULTIPLE RETESTS ZONE (MRZ)

Salah satu strategi price action yang paling berkesan ialah MRZ. Ia merupakan SNR yang mempunyai retests lebih dari 2 kali. Contoh:

teknik-forex-terbaik-strategi-mrz-multiple-retests-zone-by-tfspat-before

Kalau anda jumpa SNR yang dah “dicucuk” lebih 2x seperti ini, jangkaan harga seterusnya ialah price akan ke situ semula untuk melakukan breakout, seperti ini:

teknik-forex-terbaik-strategi-mrz-multiple-retests-zone-by-tfspat-after

Kesimpulannya, price pergi Resistance banyak kali = BUY, price pergi Support banyak kali = SELL.

Inilah yang terbaik dan mengikut logik flow market!

Bila price pergi semula ke Resistance, maksudnya BUYERS tengah menguat. Jadi, kita patut join mereka. Bukannya pergi lawan dengan Sell! Betul tak?

Nota: Maaf saya tak nak blogpost ni jadi panjang sangat. Kalau nak belajar lebih mendalam, tunggu blogpost akan datang atau boleh terus BELAJAR DI SINI.

TEKNIK YANG LAIN TAK BOLEH PAKAI KE?

Saya berani cakap, SEMUA teknik boleh digunakan dalam trading. Banyak sangat teknik yang boleh anda pakai.

Semua orang akan claim teknik mereka paling hebat. Hahaha. Sebenarnya, semua teknik mempunyai 50-50 chance of winning or losing. Ingat, holy grail tak wujud!

Satu benda yang saya percaya ialah, apa yang selalu kita praktis, kita akan jadi mahir.

Jadi, tak kiralah apa pun strategi anda, selagi anda setia dan sentiasa mendalaminya, anda akan boleh buat duit melaluinya.

TAPI, APA MASALAH DENGAN TEKNIK LAIN?

Anda kena tanya diri anda, adakah anda SUKA atau MINAT dengan teknik tersebut?

Macam saya, saya tak boleh nak tengok indicator. Rasa serabut dan semak kepala! Dan saya juga tak suka baca fundamental banyak-banyak. Pening jadinya!

Seterusnya, adakah anda BOLEH FAHAM dan PRAKTIKKAN teknik tersebut? Dah 18 tahun trading, percayalah cakap saya, PRICE ACTION TRADING adalah yang paling logik dan mudah untuk anda fahamkan.

NAK BELAJAR TEKNIK FOREX TERBAIK? HATI-HATI!

khalid-hamid-mk-mengajar-ketika-tfspat-fire-mentoring-program

Price action trading jadi mudah, bila anda belajar dari orang yang betul dan berpengalaman.

Sebab saya tengok, ramai yang buat terbalik dari yang sepatutnya.

Melalui price action, senang untuk anda faham “trade what you see”, dan “go with the flow”. Tafsirannya lebih objektif, jadi anda tidak akan keliru.

PENUTUP

Teknik forex terbaik ialah PRICE ACTION TRADING. Bukan saya sahaja yang pakai, tetapi jutaan traders di seluruh dunia menggunakannya.

Kelebihan price action trading ialah ia mudah difahami, terbukti berkesan dan boleh digunakan setiap hari.

Kalau anda nak belajar price action trading yang sebenar, boleh belajar dengan kami ya. 😊

Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Kalau ada soalan atau komen, boleh isikan dalam ruangan Comment di bawah post ini ya. Saya akan balas satu per satu.

Sekian terima kasih, jumpa lagi dalam blogpost seterusnya. Happy trading~!

KHALID HAMID (MK), Pengasas TFS PRICE ACTION TRADING.

author avatar
Khalid Hamid (MK)
Pengasas TFS Price Action Trading, Memperkasa Traders Sejak 2011. Trader sejak 2007 dan pendidik sejak 2011. Berkelulusan BACC UM dan CFP.

1 thought on “Inilah Teknik Forex Terbaik Dan Paling Berkesan Dalam Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *